fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah pada sesi awal dagangan

(Foto Fail)

KUALA LUMPUR, 1 Ogos- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives didagangkan lebih rendah pagi ini.

Pada pukul 9.30 pagi, bulan semerta baharu Ogos 2023 turun 2.5 mata menjadi 1,463.0, September 2023 susut 1.0 mata kepada 1,446.0, Disember 2023 kehilangan 0.5 mata untuk mencatatkan parsa 1,446.0 dan Mac 2024 lebih rendah 6.0 mata kepada 1,440.5.

Jumlah dagangan 1,698 lot manakala kepentingan terbuka 43,563 kontrak.

Sementara itu, FBM KLCI menokok 1.10 mata menjadi 1,460.53 daripada 1,459.43 pada penutup Isnin selepas 50 minit dagangan. - BERNAMA


(Foto Fail)

Media Baharu