fb fb fb fb fb

Ribut di Kedah, 20 rumah rosak

ALOR SETAR, 1 Ogos- Kira-kira 20 buah rumah di Kampung Kuala Sala, Alor Setar, Kedah rosak akibat dipukul ribut, kira-kira pukul 4.00 pagi tadi.

Tinjauan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendapati tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Hujan lebat berserta angin kuat yang berlaku dalam tempoh beberapa minit menyebabkan bumbung rumah penduduk diterbangkan angin.

Manakala sebahagian lagi rumah mengalami kerosakan di bahagian dinding.

Penduduk Kampung Kuala Sala, Mahadzir Abd Hamid berkata kejadian berlaku dalam tempoh yang sangat cepat.

"Insiden ini terlalu cepat dan kami tidak tidak sempat berbuat apa-apa. Ribut telah menyebabkan bumbung rumah rosak kerana diterbangan angin," katanya kepada pemberita di sini.

Seorang lagi penduduk Kampung Kuala Sala, Zakaria Ahmad berkata ribut itu telah menyebabkan banyak barang-barang rosak.

"Kejadian menyebabkan ramai penduduk menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda termasuk perabot dan barangan elektrik," katanya.


(Tinjauan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendapati tiada kemalangan
jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.)

Media Baharu