fb fb fb fb fb

Prestasi negara semakin baik di pentas dunia - PM

KUALA PILAH, 1 Ogos - Prestasi negara semakin baik di pentas dunia berikutan ramai pelabur antarabangsa mula menujukkan minat untuk melabur di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, ia berikutan kestabilan politik negara dalam pelbagai aspek sekali gus menarik keyakinan pelabur.

Tambah beliau, ini dibuktikan apabila Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc Elon Musk telah menyatakan persetujuan untuk membina sebuah ibu pejabat di Cyberjaya.

"Ini merupakan penghormatan besar kepada Malaysia susulan dasar ekonomi, termasuk Ekonomi Madani, yang diamalkan oleh negara.

“Politik stabil untuk apa? saya tegaskan untuk membangunkan ekonomi dan tarik pelabur, dahulu pelabur tidak datang, kita tengok pembesar luar negara jarang datang ke Malaysia,

“Sekarang, minggu lepas sahaja Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr, sudah 49 tahun beliau tidak datang, kalau datang pun sebab persidangan antarabangsa," katanya.


(Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada di ceramah Jelajah Perpaduan Perdana Menteri @ Pilah di Taman Ampang Tinggi malam tadi)

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan Perdana Menteri @ Pilah di Taman Ampang Tinggi malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN:
Anwar, Elon Musk adakan pertemuan maya, bincang perkhidmatan satelit Starlink
Anwar dijadual adakan pertemuan secara maya dengan Elon Musk esok
Perbincangan antara PM, Elon Musk melangkaui sektor EV - Tengku Zafrul


Media Baharu