fb fb fb fb fb

Tabika KEMAS Pra Tahfiz, perkasa kanak-kanak berpendidikan al-Quran

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 7 November - Pelaksanaan Program Pra Tahfiz Tabika KEMAS dalam komponen Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak membabitkan peruntukan sebanyak RM20 juta.

Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata sekurang- kurangnya 9,500 pendidik masyarakat Tabika KEMAS akan diberikan pendedahan tentang modul hafazan.

"Wujudnya modul Pra Tahfiz di Tabika KEMAS ini sekurang-kurangnya akan lahirlah generasi cilik al-Quran akan datang yang berupaya membela agama, berbakti kepada bangsa dan membawa rahmat kepada sekalian ummah. Kemuncaknya akan lahirlah tamadun Islam yang unggul," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara KEMAS dan Yayasan Pahang di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS, Kampung Seri Batu, Sentul, di sini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata modul tersebut menyasarkan penglibatan sekurang-kurangnya 1,500 orang kanak-kanak yang mampu membaca dan menghafaz sehingga Surah Ad-Dhuha serta melahirkan huffaz cilik seramai 100,000 kanak kanak menjelang 2026.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyaksikan pemeteraian MoA itu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN