fb fb fb fb fb

Syarikat produksi filem terima DKD disyaratkan mencarum KWSP

KUALA LUMPUR, 21 Mac- Kementerian Komunikasi dan Multimedia, K-KOMM menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bakal mensyaratkan semua syarikat produksi filem tempatan yang menerima Dana Kandungan Digital (DKD) mencarum di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ia bagi memastikan kebajikan penggiat industri terjaga di waktu persaraan.

Jelas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, langkah yang sama telah di laksana di bawah inisiatif caruman Skim Keselamatan Sosial, PERKESO.

"Apa yg Finas tengah lakukan sekarang adalah memperkenalkan caruman skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri atau PERKESO yang mensyaratkan semua syarikat produksi filem tempatan yang telah berjaya menerima dana kandungan digital melalui pakej pemulihan rakyat dan pemulihan ekonomi untuk mencarum sebagai pekerja artis dan sebagainya.

"Peruntukan caruman PERKESO akan ditolak daripada dana DKD yang diterima dan KWSP juga akan disyaratkan yang sama," kata Zahidi.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Tambahnya, K-KOMM sentiasa meneliti cadangan daripada pelbagai pihak menerusi penubuhan Task Force untuk meneliti langkah penambahbaikan industri kreatif termasuklah, kebajikan para penggiat industri tersebut.


(Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik)

Media Baharu