fb fb fb fb fb

Maritim Perak tahan bot nelayan asing ceroboh perairan Malaysia

LUMUT, 21 Mac- Sebuah bot nelayan asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Perak, sekitar jam 2 petang semalam.

Penahanan dilakukan di kedudukan 7.0 batu nautika barat daya Pulau Lalang, selepas ia dikesan menceroboh perairan Malaysia.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim negeri, Komander Maritim Fadzliana Fadzil menerusi satu kenyataan berkata, penahanan dilakukan hasil rondaan menerusi Op Benteng dan Op Pintas di perairan Pulau Sembilan.

Siasatan yang dijalankan mendapati bot tersebut dikendalikan tiga kru termasuk tekong warga Indonesia berusia lingkungan 40 hingga 44 tahun.

Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985 kerana gagal memaklumkan pihak berkuasa setelah memasuki perairan Malaysia serta Akta Imigresen 1959/63.

Bot serta kru kemudian diiring ke jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sitiawan, untuk tindakan lanjut.


(Bot nelayan bersma tiga kru warga Indonesia ditahan Maritim Perak kerana menceroboh perairan negara)

Media Baharu