fb fb fb fb fb

149,378 pelajar di Melaka mulakan sesi persekolahan 2022/2023 hari ini

PAYA RUMPUT, 21 Mac- Seramai 149,378 pelajar sekolah rendah dan menengah di Melaka memulakan sesi persekolahan 2022/2023 hari ini.

Jumlah itu masing-masing melibatkan pelajar di 238 buah sekolah rendah dan 77 buah sekolah menengah.

Menurut Exco Pendidikan dan Teknologi Melaka, Datuk Rais Yasin manakala untuk prasekolah pula seramai 4,741 murid memulakan sesi persekolahan tahun ini.

“Pada hari ini yang melibatkan 84,619 orang murid sekolah rendah, 64,759 orang daripada murid sekolah menengah. Jumlah bilangan sekolah yang memulakan sesi persekolahan adalah 238 sekolah rendah dan juga 77 sekolah menengah. Jadi untuk sekolah-sekolah yang melebihi 600 orang ada sistem penggiliran, yang di bawah 600 tidak ada penggiliran. Penggiliran tersebut hanya melibatkan murid tahun 3, 4 & 5,” kata Rais Yasin selepas meninjau sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, pagi tadi.


(Exco Pendidikan dan Teknologi Melaka,Datuk Rais Yasin ketika ditemui media di Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, pagi tadi)

Dalam pada itu katanya, bagi melancarkan sesi persekolahan, KPM telah membekalkan lebih 338,000 unit kit ujian kendiri COVID-19 kepada semua sekolah di Melaka secara berperingkat.

Ia khusus untuk kegunaan pelajar yang bergejala, 10 peratus pelajar yang dipilih di peringkat sekolah setiap hari selain untuk kegunaan pelajar yang memasuki asrama harian pada hari pertama.

Media Baharu