fb fb fb fb fb

Hari pertama persekolahan, murid-murid SIGS teruja kembali ke sekolah

JOHOR BAHRU, 21 Mac- Hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Sultan Ibrahim (SIGS), Johor Bahru, berjalan lancar dengan para pelajar bersedia kembali belajar secara bersemuka, pagi tadi.

Ibu bapa juga berasa selamat membenarkan anak-anak mereka belajar secara bersemuka, namun mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan pematuhan SOP terjaga.

Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Mohd Hyffny Isa berkata kerjasama baik antara ibu bapa dan guru menjamin kelancaran proses persekolahan penggal satu, sesi 2022/2023, sekolah terbabit.

Pihak sekolah juga menyediakan pelitup separuh muka percuma kepada para pelajar, semasa berada di sekolah, selain mensanitasi tangan.

"Saya gembira. Kalau tahun sebelum ini ada yang menangis tapi kali ini tiada yang menangis, semuanya positif. Mungkin pelajar-pelajar teruja untuk kembali ke sekolah, yelah sebelum ini mereka hanya mengikuti pembelajaran PdPR sahaja. Alhamdulillah, satu perkara manis lah," kata Hyffny kepada RTM ketika meninjau ketibaan murid di Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Sultan Ibrahim (SIGS), di sini.

(Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Mohd Hyffny Isa ditemui media semasa menanti ketibaan murid ke sekolah pagi tadi)

Sementara itu, bagi Nor Hafizan Hussin, sebagai bapa beliau turut gembira menyaksikan suasana anak-anak kembali ke sekolah namun tidak lupa untuk mengingatkan mereka untuk terus patuh SOP semasa hadir ke sekolah.


(Bapa pelajar, Nor Hafizan Hussin ditemu bual media tentang permulaan sesi persekolahan bagi sesi 2022/2023)

"Mereka ini tahu jelah bila dah jumpa rakan-rakan, akan berkumpul. Kita turut mengingatkan kepada ibu bapa dan murid sendiri untuk bercakap tu biar ada jarak sedikit, dan jangan salam," kata Hafizan kepada pemberita RTM.

Media Baharu