fb fb fb fb fb

Empat maut kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Pendang

PENDANG, 21 Mac- Empat maut termasuk seorang rentung dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di kilometer 58.2 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berdekatan Pendang, Kedah, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata mangsa rentung merupakan pemandu kereta yang belum dapat dikenal pasti identitinya.

Tiga lagi mangsa yang maut dari kereta lain dikenal pasti Sharin Hafi Omar, 49 tahun ,Mohamad Syafiq Kassim 26 tahun dan seorang wanita dipercayai warga Indonesia , dikenali Arni 52 tahun.

Katanya menerusi kenyataan, siasatan di tempat kejadian mendapati kereta yang dinaiki seorang pemandu dan dua penumpang itu hilang kawalan lalu berpusing sebelum dilanggar dari arah hadapan oleh kereta mangsa rentung yang berseorangan.

Akibat pelanggaran itu , kereta yang hilang kawalan terbabas melanggar penghalang jalan manakala kereta mangsa yang rentung terbakar.

Polis meminta saksi dan waris kejadian tampil memberikan maklumat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat J-B-P-M Malaysia Negeri Kedah, Sayani Saidon berkata,setibanya dilokasi didapati kenderaan pemandu terbabit 90% terbakar dan kebakaran dipadamkan sepenuhya jam 2.56 pagi.

Operasi mengeluarkan semua mangsa menggunakan peralatan khas dengan mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada 4.28 minit pagi dan mangsa terakir 5.43 pagi.

Pemeriksaan awal oleh unit EMRS JBPM di lokasi mendapati ketiga-tiga mangsa yang dikenal pasti mengalami patah seluruh badan akibat dihempap kenderaan yang terbalik manakala mangsa wanita dipercayai cedera parah di kepala.

(Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah)

Media Baharu