fb fb fb fb fb

KPLB peruntuk RM671,000 bagi perkhidmatan bot penambang untuk penduduk P. Tuba dan P. Dayang Bunting

(FOTO FB MENTERI)

LANGKAWI, 21 Mac- Sejumlah RM671,000 diperuntukkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam menyediakan perkhidmatan dua buah bot penambang bagi kegunaan penduduk Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting di Langkawi.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata projek perkhidmatan itu diserahkan kepada Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba dan Selat Berhad sejak pertengahan tahun lalu.

Ujarnya, ia merupakan perbelanjaan kementerian menerusi Program Desa Lestari KPLB yang mampu memanfaatkan sehingga 5,000 penduduk di dua buah kepulauan tersebut.

"Untuk perkhidmatan bot ini, ia diselia penuh oleh Komuniti Kepulauan Tuba dan Selat Berhad dan mereka telah dapat bot ini pada penghujung tahun 2021. Perbelanjaan bagi dua buah bot ini adalah RM671,000," kata beliau ketika ditemui RTM selepas merasmikan Bot Penambang BesTUBA, di sini.


(Datuk Seri Mahdzir Khalid merasmikan bot penambang bagi kegunaan penduduk Pulau Tuba
dan Pulau Dayang Bunting/FB MENTERI)

Bot yang mampu memuatkan sehingga 30 penumpang pada satu-satu masa itu beroperasi setiap hari dengan kekerapan tujuh perjalanan sehari.

Media Baharu