fb fb fb fb fb

Kandang terbakar, 35 kambing mati

(FOTO JBPM)

IPOH, 21 Mac- Sebanyak 35 ekor kambing yang diternak dalam sebuah kandang di Taman Temara, Pasir Putih di sini mati akibat kebakaran tengah malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Pegawai Bomba Kanan II Rozaidee Kamarulzaman berkata pihaknya menerima panggilan kejadian kira-kira 12.30 tengah malam.

“Kebakaran membabitkan kandang kambing kelas C dan tiada individu terlibat. 

“Terdapat 57 ekor kambing di dalam kandang itu dengan 35 daripadanya mati manakala bakinya berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebakaran memusnahkan hampir 50 peratus kandang itu dan operasi pemadaman api tamat sepenuhnya pada 1.30 pagi.

Katanya punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.


( Keadaan kandang yang musnah akibat kebakaran sekali gus mengakibatkan 35 ekor kambing mati/JBPM)

Media Baharu