fb fb fb fb fb

Syarikat pemula akan dibantu hingga disenaraikan di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Kerajaan komited menyokong syarikat pemula tempatan yang mempunyai nilai tambah tinggi dari peringkat awal sehingga penyenaraian di Bursa Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan memperuntukkan RM1.5 bilion tahun ini untuk melabur dalam syarikat pemula tempatan.

Selain itu, pemberian potongan cukai dan penerbitan saham dwi kelas akan dibenarkan kepada syarikat tersenarai.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Menurut Anwar, syarikat pemula yang berjaya akan mendapat akses kepada pembiayaan peringkat seterusnya dalam negara agar mereka tidak perlu disenaraikan di luar negara.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Program Invest Malaysia di ibu negara.

Media Baharu