fb fb fb fb fb

Kerajaan ambil pendekatan sifar toleransi isu salah laku, rasuah

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Kerajaan perpaduan sentiasa mengamalkan pendekatan sifar toleransi terhadap salah laku dan rasuah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan, standard etika tertinggi akan terus dipertahankan dan tidak ada ruang untuk penyalahgunaan kuasa di bawah pentadbiran ini.

"Tadbir urus korporat yang baik mesti kekal sebagai asas, ini termasuk perniagaan, syarikat dan pemegang saham beroperasi.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"Selain itu, perlu memastikan tadbir urus yang baik untuk menyediakan perlindungan yang teguh bagi perlindungan pelabur dan kestabilan pasaran kewangan dan modal," ujarnya dalam ucaptama Program Invest Malaysia di ibu negara.

Media Baharu