fb fb fb fb fb

Polis Melaka buat saringan dadah mengejut dalaman

BUKIT BERUANG, 8 Mac- Polis Melaka komited membanteras pengambilan dadah terlarang dalam kalangan anggota dan pegawainya melalui saringan mengejut yang bakal diadakan dari semasa ke semasa.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Razali Abu Samah berkata saringan secara rawak akan diadakan pada bila-bila masa termasuk ketika perhimpunan pagi kontinjen.

Beliau tidak menafikan terdapat anggota dan pegawainya terbabit najis dadah, namun gejala itu dapat dikawal dan dipantau setakat ini.

"Bagi saringan dadah pula, kita ada Ketua Jabatan Narkotik di IPK. Kita kerap membuat pemeriksaan rawak mana-mana juga yang kita syaki.

"Ataupun pemeriksaan rawak semua jabatan ataupun semua unit dan cawangan akan kita buat pemeriksaan ini tapi tidak kita beritahu bila masa sesuai untuk kita. Namun apabila perlu terus buat pemeriksaan terutamanya semasa perhimpunan-perhimpunan pagi semasa panggilan nama (roll call' dan sebagainya.

"Kita ambil kenderaan pikap seramai lima orang 10 orang dalam satu masa. Memang kita jalankan pemeriksaan ini untuk mencegah berlakunya gejala tidak sihat terutama penyalahgunaan dadah dalam PDRM kontinjen Melaka," kata Razali ketika ditemui dalam program derma darah bersempena peringatan Hari Polis ke-26 Peringat Kontinjen Melaka di ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka Bukit Beruang di sini.

Razali berkata pelbagai program kesedaran berkaitan kesihatan mental turut giat dijalankan.

Melalui program-program berkenaan anggota dan pegawai diberi pendedahan tentang kepentingan hidup secara berpasukan dalam mengelak gejala kemurungan dalam diri mereka.

(Datuk Razali berkata polis Melaka buat saringan dadah mengejut dalaman)

Media Baharu