fb fb fb fb fb

KKM komited tangani isu kesihatan mental

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited menangani isu kesihatan mental melibatkan kumpulan sasar termasuk kanak-kanak dan remaja, golongan muda dan warga emas.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan pihaknya telah menyediakan perkhidmatan kesihatan mental menerusi 1,161 klinik kesihatan, 58 buah hospital, 34 buah Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) dan empat institusi mental di seluruh negara.

Ia meliputi aspek promosi, pencegahan, pengesanan awal dan rehabilitasi.

"KKM juga telah mengadakan kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di dalam pelaksanaan Program Siswa Sihat (PROSIS) turut kita lakukan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam mempromosikan kesihatan mental melalui Hari Sukan Negara dan Hari Kesihatan Mental Sedunia," jawab Zaliha di Parlimen hari ini.


(Foto Hiasan)

Selain itu, KKM turut menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Program Minda Sihat Sekolah yang meliputi saringan dan intervensi menggunakan Modul Minda Sihat (KPM) dan Modul Kesihatan Mental Remaja (KKM).

Pernyataan itu bagi menjawab soalan wakil Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan.

Media Baharu