fb fb fb fb fb

Akta baharu dadah kurangkan kesesakan penjara

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Kerajaan merancang menggubal Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) dalam usaha untuk mengurangkan kesesakan tahanan di penjara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan akta berkenaan sedang dalam proses dan dijangka dibentangkan tahun ini.

"Bila akta baharu ini diluluskan, diwartakan untuk kita laksanakan maka kes seperti dadah ditemui dalam badan seseorang, kita terus salurkan kepada program rawatan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

"Sama ada di bawah rawatan pemulihan bawah institusi ataupun rawatan pemulihan dalam komuniti. Kalau kita tempatkan bawah AADK, dia (pesalah bawah akta baharu itu) akan ditempatkan dua tahun, dia keluar dua tahun lagi sambung ke dalam rawatan peringkat komuniti.

"Kalau dia kita salurkan ke rawatan pemulihan komuniti, dia akan ditempatkan tiga tahun. Jadi berbeza sekarang (akta berkaitan dadah yang sedia ada), dia mungkin berakhir (hukuman) dalam penjara," katanya pada sesi soal jawab di Parlimen.


(Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

Media Baharu