fb fb fb fb fb

Bekas MB Kedah meninggal dunia

ALOR SETAR, 8 Mac- Bekas Menteri Besar Kedah kelapan, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain, 79 tahun, meninggal dunia, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Sungai Petani.

Beliau yang terkejut menerima perkhabaran sedih itu berkata, beberapa minggu lepas beliau telah berjumpa dan berbual panjang dengan Allahyarham.

Katanya, Allahyarham turut memberi unjuran kalimah nasihat bersama kata-kata semangat serta motivasi perangsang dan jasanya terlalu banyak.

"Saya bagi pihak seluruh rakyat dan sahabat handai negeri Kedah dan DUN Kubang Rotan khususnya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau di atas kepulangan Allahyarham yang saya sifatkan seperti ayahanda saya sendiri.

(Allahyarham Dato' Seri Syed Razak Syed Zain)

"Sama-sama kita titipkan doa, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham serta menempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh, Aminn Ya Robbal A'lamin," Kata Asmirul dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasminya sebentar tadi.

Allahyarham Syed Razak adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan yang kemudian menjadi Menteri Besar Kedah bermula 1999 hingga 2005.

Media Baharu