fb fb fb fb fb

Iktiraf sumbangan wanita kepada pembangunan negara

KUALA LUMPUR, 8 Mac- ‘KASIH Wanita’ dipilih sebagai Tema Hari Wanita Antarabangsa 2023.

Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata wanita merupakan tulang belakang dalam organisasi keluarga dan mereka juga banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

Pelbagai platform disediakan pihak kementerian untuk memberi pengintirafan kepada golongan wanita.

"Kita nak siap siagakan seluruh masarakat untuk mengitiraf peranan wanita. Kita perlu ingat bahawa wanita banyak menyumbang kepada pembangunan negara dan diri mereka sendiri.

"Kalau kita memberi pengitirafan ini mereka sendiri akan berasa yakin diri dan lebih bersemangat untuk menimba ilmu lagi untuk kepentingan masarakat juga. Wanita banyak menyumbang kepada negara, jadi sebab itu perlu untuk kita menganjurkan program istimewa seperti ini," kata Nancy selepas menjadi tetamu dalam Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri di sini.

(Datuk Seri Nancy berkata iktiraf sumbangan wanita kepada pembangunan negara)

Media Baharu