fb fb fb fb fb

KSM pergiat usaha, bantu padanan gaji graduan TVET

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Usaha bagi memastikan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mendapat gaji yang setimpal dengan kemahiran antara fokus Kementerian Sumber Manusia.

Justeru, kerjasama strategik bersama penggiat industri terus dipergiat bagi memastikan golongan belia mendapat latihan berdasarkan keperluan semasa industri.

Lesen dan sijil kompetensi tambahan turut diberikan sebagai nilai tambah kepada graduan.

"Graduan juga akan dibekalkan dengan lesen dan sijil kompetensi tambahan oleh badan profesional sebagai usaha meningkatkan gaji mereka. Contohnya, dalam bidang teknologi maklumat, Cisco iaitu 'Certified Networking Associate', bidang kimpalan, 'Certified Welding Supervisor' manakala bidang reka bentuk komputer pula seperti 'Autodesk Certified Professional' dalam memastikan graduan TVET ini mendapat gaji yang lebih lumayan," kata Mustapha di Parlimen pagi tadi.


(Foto Fail/BERNAMA)

Turut diwujudkan, buku Panduan Gaji Permulaan 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Kedua (Tahun 2020).

Buku panduan tersebut dapat menjadi rujukan dan asas majikan dalam melaksanakan pengesyoran gaji permulaan kepada graduan TVET berdasarkan tahap kemahiran.

Ia sekali gus mampu meningkatkan motivasi dan produktiviti pekerja di negara.

Penyataan itu bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Batu, Prabakaran Parameswaran.

Media Baharu