fb fb fb fb fb

KDN teliti, mohon tambah Kompleks ICQS

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Cadangan menambah Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) baharu di Sabah diteliti Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Permohonan pembinaan projek dengan anggaran kos RM1.21 bilion sedang dijalankan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, lokasi pembinaan tertumpu di kawasan bersempadan dengan negara jiran.

(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

"Antaranya sedang teliti cadangan pembinaan ICQS Bantul, Sarudung, Pos Imigresen Long Pasia," katanya.

Januari lalu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM1 bilion untuk menaik taraf Kompleks ICQS di sempadan Sabah dan Sarawak.

Media Baharu