fb fb fb fb fb

4,690 keluarga terima manfaat Skim RTO - KPKT

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Mac- 4,690 buah keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara telah ditawarkan Skim Sewa-untuk-Milik atau Rent-to-Own (RTO).

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata sehingga 31 Disember 2022, masih berbaki 1,376 unit rumah yang belum ditawarkan.

"Skim RTO PPR telah diperkenal pada tahun 2017 dan merupakan skim pembiayaan mudah khusus bagi membantu pemilikan rumah golongan berpendapatan rendah B40 yang telah ditawarkan unit PPR tetapi gagal mendapatkan pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan.

Skim RTO PPR telah dilaksana di 14 PPR diseluruh negara yang melibatkan 6,066 unit rumah," kata Akmal di Parlimen menjawab pertanyaan wakil Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir.


(Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd Nasir)

Tambahnya, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga sedang meneliti untuk mempelbagaikan skim pembiayaan perumahan bagi membantu golongan sasar memiliki rumah khususnya golongan B40.

Mengulas mengenai 18 projek Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di seluruh negara yang tergendala, Akmal memaklumkan petugas khas KPKT menyasarkan untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 projek dalam tempoh setahun.

 

Media Baharu