fb fb fb fb fb

Syarikat Malaysia sertai pembangunan IKN Nusantara, beri manfaat perdagangan dan pelaburan jangka panjang

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Penglibatan syarikat Malaysia dalam pembangunan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara akan memberi manfaat perdagangan dan pelaburan jangka panjang, sekiranya direalisasikan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Dasar dan Hal Ehwal Ekonomi Yayasan Malaysia (PEACE), Dr Zokhri Idris, berkata ia sekaligus meningkatkan imej dan keupayaan negara dalam projek pembangunan mega di luar negara.


(Ketua Pegawai Eksekutif,
Pusat Dasar dan Hal Ehwal Ekonomi Yayasan Malaysia (PEACE), Dr Zokhri Idris)

"Apa yg kita harapkan daripada 11 surat hasrat ini atau 'Letter of Intent' ini, sekiranya ia diterima oleh pemerintah Indonesia, rangka kerja itu harus bersifat holistik dan komprehensif dalam jangka masa panjang bukan secara 'one off' yang melibatkan secara adil, tentang perkongsian teknologi, pembangunan teknologi, mobilisasi kepakaran antara kedua negara ini.

"Ia akan memanfaatkan Malaysia dan Indonesia dari aspek pelaburan dan perdagangan dalam tempoh jangka panjang", katanya kepada RTM.

Jelasnya, pembangunan Nusantara bakal memberi limpahan ekonomi positif terutamanya kepada Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, aspek kesalinghubungan antara kedua-dua negeri itu dan Kalimantan perlu dipertingkat bagi membolehkan kelancaran mobilisasi barangan, perkhidmatan dan tenaga kerja di wilayah berkenaan.

Media Baharu