fb fb fb fb fb

MINDEF puas hati status terkini projek kapal LCS

LUMUT, 9 Januari- Kementerian Pertahanan berpuas hati dengan status terkini projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan yakin, kapal LCS pertama boleh disiapkan mengikut masa ditetapkan iaitu pada tahun 2024.

Jelasnya, kapal tersebut kini berada pada tahap 70% untuk disiapkan.

"Kapal pertama sudah capai peringkat 70%, tinggal satu blok sahaja lagi. Bahagian lain, semua dah siap, cuma ada satu blok di bahagian atas yang perlu dilengkapkan. Enjin, gear, kipas dan lain-lain sudah dipasang dan kita hanya tinggal nak melakukan pemasangan barangan elektronik dan bahagian persenjataan sahaja," kata Mohamad Hasan kepada pemberita dalam sidang media selepas lawatan ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.


(Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mendengar taklimat berhubung status terkini
kapal LCS di Boustead Naval Shipyard)

Tambahnya lagi, lima kapal LCS yang lain berada pada tahap 22 hingga 48 peratus untuk disiapkan melibatkan pemasangan peralatan elektrik, elektronik, persenjataan dan beberapa perkara teknikal lain.

Kerajaan sebelum ini bersetuju untuk meneruskan projek pembinaan LCS sebagai usaha memperkukuh pertahanan negara dan tentera laut.

Media Baharu