fb fb fb fb fb

Syarikat laksana program antirasuah dengan SPRM dapat potongan cukai

(Foto BERNAMA)

SHAH ALAM, 5 Oktober- Potongan cukai akan diberi kepada mana-mana syarikat yang melaksanakan program antirasuah atau program integriti secara kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim berkata insentif pelepasan cukai tersebut secara tidak langsung menggalakkan lebih banyak syarikat mahupun organisasi korporat bekerjasama dengan SPRM.

Dalam masa sama, Alias menjelaskan ia sebagai usaha menyemarakkan budaya integriti dan benci rasuah dalam kalangan masyarakat.

"Pihak kementerian telah memberi kelulusan kepada SPRM untuk bekerjasama menjalankan program-program pengecualian cukai di bawah seksyen 34 akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di mana syarikat yang menjalankan program-program integriti dan antirasuah ke arah melahirkan masyarakat berintegriti boleh dikecualikan cukai oleh LHDN, ke arah meningkatkan integriti dalam kalangan mereka," kata Alias kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu