fb fb fb fb fb

Johor bantu syarikat EV perbanyak stesen pengecas

ISKANDAR PUTERI, 5 Oktober- Kerajaan Johor komited membantu pelbagai syarikat yang terlibat dengan kenderaan elektrik (EV) untuk memperbanyakkan stesen pengecas EV di seluruh negeri itu.  

Usaha tersebut sejajar hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan teknologi hijau menuju misi 'Maju Johor 2030'.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Lee Ting Han berkata, menerusi pewujudan stesen pengecas EV kedua dalam negara di Johor, negeri itu dijangka menjadi destinasi utama pengguna EV dengan pengalaman pengecasan pantas dan lancar.  

"Kita harap dapat wujudkan satu Experian Centre Tesla di Johor (selepas Cyberjaya) kerana ia memang satu agenda Nasional kita untuk mempromosikan sektor EV.

"(Justeru), kerajaan negeri akan membantu usaha Kerajaan Persekutuan untuk menjayakan agenda ini," katanya kepada pemberita selepas pelancaran model EV dan pembukaan stesen pengecas EV Tesla di sini yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Tambah Ting Han, terdapat dua syarikat terkemuka pengeluar EV dunia dijangka turut membuka stesen serupa di Johor dalam waktu terdekat.

(Lee Ting Han)

Media Baharu