fb fb fb fb fb

MAAB sasar raih RM13.3 juta tahun ini

Foto FB MAAB

PETALING JAYA, 5 Oktober- MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) sasar raih RM13.3 juta pada tahun ini.

MAAB, organisasi penyedia perkhidmatan perwarisan harta itu yakin, sasaran itu dapat dicapai dengan jalinan kerjasama strategik bersama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata anak syarikatnya itu telah berjaya meraih pendapatan kasar sekitar RM13 juta, setakat 2022.

Menerusi kerjasama itu, beliau berharap MAAB dapat meluaskan pasaran produk dalam kalangan umat Islam dan ahli-ahli koperasi di seluruh negara.

"Jadi, ini adalah salah satu daripada usaha kita untuk menguruskan harta pusaka dan wasiat yang dipunyai oleh semua orang Islam.

Di Malaysia, masalah pengurusan harta pusaka ini adalah merupakan salah satu daripada faktor utama yang menyebabkan jumlah wang yang tidak dituntut amat besar pada setiap tahun," kata Fattah kepada pemberita dalam sidang media Majlis Menandatangani (MoU) bersama Bank Islam, di sini.


(Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr. Abdul
Fattah Abdullah (tengah)/Foto FB MAAB)

MAAB telah mendaftar sebanyak 250,000 kes wasiat, menguruskan 728 fail berkaitan pusaka serta memegang amanah yang bernilai sebanyak RM250 juta sejak 10 tahun penubuhannya.

Media Baharu