fb fb fb fb fb

Pelantikan ahli panel tribunal Akta Antigangguan Seksual di peringkat akhir - Nancy

Foto FB Menteri

IPOH, 5 Oktober- Proses pelantikan ahli panel bagi pembentukan tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840), kini di peringkat akhir.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya telah mendapat kelulusan untuk mendapatkan perjawatan ahli panel tribunal tersebut.

Menurutnya, perjawatan tersebut perlu dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk diteliti termasuk dari segi kadar gaji ahli panel.

"Kita akan iklankan jawatan itu. Berhubung kadar gaji kita akan rujuk Kementerian Kewangan.

Selepas itu, kita akan serah kepada Peguam Negara, untuk bantu kita daripada sudut perundangan," kata Nancy kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Anti Gangguan Seksual, di sini.

Perak menjadi negeri ke-11 lokasi jerayawara tersebut dengan objektif memberi pendedahan, pengetahuan dan menyebarluaskan pemakaian garis panduan serta notis anti gangguan seksual kepada masyarakat.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu