fb fb fb fb fb

Jerebu: Malaysia tunggu maklum balas Indonesia

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Kerajaan masih menunggu maklum balas Indonesia bagi mencari penyelesaian segera berdasarkan perjanjian ASEAN berhubung kejadian jerebu rentas sempadan.

Jelas Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, Malaysia setakat ini belum menerima maklum balas selepas menghantar surat kepada negara berkenaan.

Nik Nazmi turut berharap Indonesia dapat memberi maklum balas secepat mungkin bagi menyelesaikan masalah jerebu antara kedua-dua negara.

"Mengikut bacaan terkini, ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura ada 16 titik panas dikesan di Sumatera dan sembilan titik panas di Sarawak. Kita sedang memantau hal ini dengan  lebih dekat," katanya dalam sidang media dalam Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia 2023.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu