fb fb fb fb fb

Sistem kesihatan negara perlu reformasi menyeluruh - Zaliha

Foto FB UKM

CHERAS, 5 Oktober- Reformasi menyeluruh dan berstruktur terhadap sistem kesihatan negara adalah perlu dalam memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat terus berada pada tahap terbaik.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa memberitahu ia seiring dengan peredaran masa, perubahan sosioekonomi dan demografi serta taraf hidup rakyat.

Tambahnya, peningkatan drastik terhadap permintaan perkhidmatan kesihatan dan kenaikan kos perubatan turut dilihat sebagai isu yang boleh menggugat kemampanan pembiayaan penjagaan kesihatan negara.

"Kemelut pandemik COVID-19 telah menguji kapasiti dan daya tahan serta jelas menampakkan jurang dan kekangan dalam sistem kesihatan negara. Pada masa sama, negara turut mengalami beban penyakit berganda.

Peningkatan kadar penyakit tidak berjangkit, penyakit berjangkit, kemunculan semula penyakit lama dan kemunculan penyakit baharu seperti COVID-19, membebankan lagi sistem penyampaian kesihatan negara," kata Zaliha kepada pemberita selepas ditemui dalam Majlis Penganugerahan Alumni Tersohor Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia 2023, di sini.


(FOTO BERNAMA)

Terdahulu, Fakulti Perubatan UKM menganugerahkan gelaran Alumni Tersohor kepada beliau dalam majlis tersebut.

Pengiktirafan itu dibuat bagi meraikan kejayaan dan pencapaian beliau menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan sebagai Menteri Kesihatan.

Media Baharu