fb fb fb fb fb

Syarat ketat kepada telco laksana model dwirangkaian 5G - PM

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 23 Mei - Syarat ketat dikenakan terhadap syarikat telekomunikasi yang terlibat di bawah pendekatan model dwirangkaian 5G yang bakal dilaksana.

Tindakan bagi memastikan perkhidmatan 4G adalah menyeluruh dan berkualiti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peralihan kepada model tersebut hanya bermula selepas pelaksanaan rangkaian Digital Nasional Berhad (DNB) mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

(FOTO FAIL)

"Supaya menjamin keselamatan bukan sahaja dari sudut kemudahan dari semua rakyat, keduanya soal keselamatan siber melalui CyberSecurity yang akan memantau bersama implikasi kepada kerajaan dikurangkan kerana bergantung kepada telco dan syarat kedua yang ketat ialah harga kepada pengguna mestilah rendah seperti yang ditetapkan di bawah DNB," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, di sini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail mengenai kemungkinan keputusan kerajaan beralih daripada model rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian mengakibatkan beberapa kemudaratan kepada kerajaan dan kenaikan tarif 5G buat pengguna.

Tambah Anwar, keengganan syarikat mematuhi syarat tersebut boleh mengakibatkan kontrak terbatal.

Media Baharu