fb fb fb fb fb

Kalendar sekolah kembali bermula Januari 2026 - Fadhlina

(Fadhlina Sidek)

KUALA LUMPUR, 23 Mei- Kementerian Pendidikan (KPM) akan memulakan semula sesi persekolahan pada Januari, bermula pada tahun 2026.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya telah memulakan usaha merancang untuk mengawalkan kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.

Menerusi langkah itu, beliau berharap, aspek kewangan dan ekonomi dapat dirancang mulai sekarang oleh semua pihak terlibat.

"Jadi permintaan untuk memulakan sesi persekolahan pada Januari akan ditunaikan pada 2026," katanya menjawab pertanyaan wakil Sri Gading Aminnolhuda Hassan mengenai bila persekolahan akan kembali bermula pada Januari.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, seiring pengumuman itu, beliau berharap semua pihak berkaitan dapat melakukan perancangan dan persediaan menyeluruh bagi mendepani perubahan berkenaan.

"Secara tidak langsung, perancangan cuti keluarga, kenduri kendara, cuti-cuti cikgu sebagaimana yang telah pun kami umumkan dalam 10 prakarsa sempena hari guru dapat diatur berdasarkan kalendar akademik persekolahan yang akan diwartakan," katanya.

(Foto fail)

Media Baharu