fb fb fb fb fb

SWCorp perkasa kerjasama dengan agensi berkaitan

LENGGENG, 29 Januari- Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) terus memperkasa kerjasama dengan agensi berkaitan menerusi Program Pelestarian Taman Inspirasiku (MyInsPark) sebagai usaha menggalak amalan kitar semula.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) SWCorp Murali Jayabalan, "program sebegini perlu berterusan dan dipantau agar kesedaran itu sentiasa ada dalam kalangan penduduk supaya budaya itu dapat diterapkan dalam kehidupan seharian," katanya kepada pemberita di sini.

MyInsPark di Taman Albury 2 di Lenggeng merupakan usaha memupuk minat masyarakat terhadap kelestarian alam.

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil inisiatif bekerjasama dengan pihak SWCorp Negeri Sembilan untuk menggerakkan program pelestarian dalam mendidik komuniti setempat terhadap amalan kitar semula.

Ketika ditemui pemberita Dekan Fakulti Kejuteraan dan Alam Bina UKM Profesor Ir Dr Mohd Syuhaimi Abdul Rahman berkata, "kita berharap melalui program seperti ini UKM sentiasa berada di hati masyarakat walaupun kami sentiasa melakukan pelbagai aktiviti akademik dan juga pendidikan."

(MyInsPark di Taman Albury 2 di Lenggeng, Negeri Sembilan)

Media Baharu