fb fb fb fb fb

Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan tarik 1,500 penyertaan

PAROI, 29 Januari- Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan Piala Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan membuka gelanggang dengan 1,500 penyertaan daripada 83 buah pasukan.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, sukan silat antara seni warisan yang perlu dipelihara.

Berikutan perkara itu pihaknya mengambil inisiatif untuk menganjurkan program tersebut.

"Kita telah berjaya menganjurkan program pembangunan untuk sukan silat dan yang lebih penting bagi saya ialah ia merupakan seni budaya bangsa dan warisan, budaya orang Melayu dan Islam serta rakyat Malaysia.

"Jadi kita dapat mempopularkan seni silat ini dalam kalangan anak muda dan ia boleh menjadi suatu program bagi mendidik dan mendisiplinkan diri serta banyak perkara positif yang boleh diperolehi melalui sukan silat ini," katanya kepada pemberita di sini.

Kejohanan itu mempertandingkan peserta daripada pelbagai peringkat umur bermula enam hingga18 tahun.

Pilihan utama dalam kejuaraan kali ini ialah silat olahraga yang melibatkan pertarungan.

(Mohamad Taufek Abd Ghani)

Media Baharu