fb fb fb fb fb

Mersing kekal daerah paling ramai penduduk terjejas banjir Johor

JOHOR, 29 Januari- Seramai 2,511 penduduk terjejas banjir direkodkan di Johor setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Ia melibatkan 697 keluarga yang berlindung di 33 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dalam kenyataannya berkata, tujuh daerah terlibat ialah Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Tangkak.

(Foto fail)

Mersing kekal menjadi daerah paling ramai penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di tujuh PPS iaitu 836 orang diikuti Batu Pahat, 694 orang di tujuh PPS dan 422 penduduk lagi dipindahkan di tiga PPS di Kluang.

Media Baharu