fb fb fb fb fb

Malaysia tolak semua bentuk keganasan

KUALA LUMPUR, 29 Januari- Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan di Tehran pada Jumaat, hingga menyebabkan seorang maut manakala beberapa kakitangan kedutaan cedera.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), Malaysia menyeru agar pelaku serangan kejam itu segera dibawa ke muka pengadilan.

Malaysia turut mengulangi pendirian tegasnya menolak semua bentuk keganasan dalam apa jua bentuk.

Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga serta kepada kerajaan dan rakyat Azerbaijan.

Kedutaan Malaysia di Tehran terus memantau keadaan dengan teliti dan berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi memperoleh maklumat mengenai situasi keselamatan terkini.

Serangan berlaku di Kedutaan Republik Azerbaijan di Tehran ketika Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi mengadakan lawatan rasmi ke Azerbaijan.

Penyerang bagaimanpun berjaya ditahan pasukan keselamatan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 pagi waktu tempatan di utara Tehran.

Menurut kenyataan itu, misi diplomatik di Tehran boleh dihubungi melalui talian (+9821) 8807 2444 / (+9821) 8807 8606 atau e-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

(Foto hiasan)

Media Baharu