fb fb fb fb fb

Kerajaan diharap kekalkan peruntukan laksana RTB fasa ke-3

SEGAMAT, 29 Januari- Kerajaan Persekutuan diharap dapat mengekalkan peruntukan pelaksanaan fasa ke-3 rancangan tebatan banjir (RTB) Lembangan Sungai Muar daerah Segamat dalam pembentangan semula Belanjawan 2023.

Menurut Pegawai Daerah Segamat Hasrin Kamal Hasyim berkata, pelaksanaan fasa ketiga RTB itu merupakan langkah jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir termenung yang kerap berlaku di daerah itu.

"Dalam bajet kerajaan pusat bagi 2023 memang telah dimasukkan iaitu RM650 juta untuk projek Lembangan Sungai Muar di daerah Segamat.

"Kita minta kerajaan pusat dalam belanjawan yang akan dibentangkan pada Februari supaya dapat meneruskan peruntukan tersebut bagi menyelesaikan masalah banjir di daerah ini," katanya di sini.

Antara lokasi yang semakin kerap berlaku banjir termenung di daerah itu ialah Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Chodan, Kampung Spang Loi, dan kawasan Pogoh.

Sebagai langkah jangka pendek, pihaknya juga sudah memohon peruntukan RM1 juta daripada kerajaan pusat bagi tujuan pembinaan ban banjir di Kampung Seberang Batu Badak.

(Hasrin Kamal Hasyim)

Media Baharu