fb fb fb fb fb

Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya hingga Isnin - MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 29 Januari- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya untuk Pahang dan Johor sehingga Isnin (30 Januari).

Dalam satu kenyataan, ia memaklumkan daerah yang terlibat di Pahang adalah Rompin, manakala di Johor; Mersing dan Kota Tinggi akan terjejas.

Amaran hujan lebat berterusan tahap teruk juga telah dikeluarkan bagi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Di Kelantan kawasan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh; Pahang (Kuantan dan Pekan) manakala di Johor (Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru).

Selain itu, hujan berterusan pada tahap berjaga-jaga dijangka berlaku sehingga Isnin bagi beberapa jajahan di Kelantan meliputi Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai; Pahang (Jerantut dan Maran) dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian).

(Foto hiasan)

Media Baharu