fb fb fb fb fb

Amanah dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan sokongan ahli

KUCHING, 28 Januari- Gabungan Parti Sarawak (GPS) memegang amanah dan tanggungjawab besar dalam membantu Kerajaan Perpaduan untuk mengembalikan semula status Malaysia sebagai 'The Tiger of Asia'.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata amanah dan tanggungjawab besar itu diyakini dapat dilaksanakan dengan adanya kerjasama dan sokongan ahli dan pemimpin GPS di peringkat akar umbi.

"insyallah dengan tanggungjawab, kerjasama dan sokongan kuat daripada semua kita mampu mengangkat nama GPS dalam kita melaksanakan amanah.

"Sekali gus memastikan Kerajaan Perpaduan dapat berjaya meletakkan Malaysia kembali dihormati sebagai 'The Tiger of Asia' seperti suatu masa dahulu", katanya dalam Majlis Makan Malam Apresiasi P194 Petra Jaya di sini.

Datuk Seri Fadillah mengingatkan ahli-ahli GPS agar tidak leka dengan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, sebaliknya perlu terus bekerja keras untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Majlis yang dihadiri kira-kira 2,500 ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Satok, Samariang dan Tupong sebagai penghargaan atas kemenangan GPS di kerusi Parlimen Petra Jaya pada PRU15.

(Fadillah Yusof)

Media Baharu