fb fb fb fb fb

SUV terbabas: Warga Indonesia tanpa pengenalan diri maut, empat parah

(SUV dinaiki sembilan warga Indonesia terbabas dan terbalik di Jalan Pekan Gurney, Sitiawan/ Foto JBPM)

MANJUNG, 11 Julai- Seorang maut, manakala empat lagi parah selepas kereta dinaiki terbabas di Jalan Pekan Gurney, Sitiawan malam tadi.

Kesemua mereka merupakan warganegara Indonesia dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata empat lagi mangsa yang berada dalam kenderaan sama turut cedera.


(Penolong Pengarah Bahagian Operasi, JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad)

Maklumat awal berhubung kejadian diterima JBPM Perak pada pukul 7.30 malam.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sembilan warga Indonesia terdiri daripada seorang lelaki dewasa, empat wanita, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Kesemua mangsa termasuk tiga kanak-kanak dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

"Mangsa yang parah dan cedera diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut.

"Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan jam 8.35 malam," katanya.

Media Baharu