fb fb fb fb fb

Suspek tikam ibu direman tujuh hari

AYER KEROH, 5 Julai - Seorang penganggur direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan selepas didakwa menikam ibu kandungnya dalam satu kejadian di Kampung
Paya Luboh, Tanjung Kling petang semalam.

Tempoh reman sehingga 12 Julai terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin.


(Seorang penganggur direman tujuh selepas didakwa menikam ibu kandungnya)

Perintah reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini media melaporkan, suspek mendengar suatu bisikan sehinggan dia tergamak menikam ibu kandungnya sendiri.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, mangsa yang baharu kematian suami kira-kira sebulan lalu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di leher dipercayai ditikam sebanyak dua kali oleh anak lelakinya berusia 38 tahun dengan menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.

Media Baharu