fb fb fb fb fb

Kelantan sumbang RM50,000 untuk bantuan banjir di Kedah

KOTA BHARU, 6 Julai - Kerajaan Negeri Kelantan menyumbang RM50,000 menerusi inisiatif Solidariti Bencana Banjir Kedah.

Dalam satu hantaran di Facebook, Menteri Besar Kelantan Dato’ Ahmad Yakob turut merakamkan ucapan takziah kepada mangsa bencana banjir di Kedah yang menyebabkan kehilangan jiwa dan kemusnahan harta benda.


(Menteri Besar Kelantan Dato’ Ahmad Yakob/Foto FB)

Sebagai tanda solidariti dan kebersamaan, Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah melalui sumbangan Tabung Serambi Mekah.

Beliau berharap, semoga usaha-usaha pasukan keselamatan dan sukarelawan dipermudahkan bagi melancarkan operasi pemulihan pasca bencana.

Media Baharu