fb fb fb fb fb

Suspek pecah kedai ditembak mati

Foto RTM

RAWANG, 25 September - Polis menembak mati seorang lelaki yang merupakan penjenayah dikehendaki, di sini, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, suspek disyaki terbabit kejadian pecah kedai di Damansara.

Suspek berjaya dikesan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ketika memandu kenderaan kira-kira pukul 1.15 pagi di Kampung Baru Kundang.

Suspek enggan berhenti, sebaliknya mengundurkan kenderaan dengan laju, lalu merempuh kenderaan polis serta orang awam di tempat kejadian.

Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan untuk mempertahankan diri sehingga mengakibatkan kenderaan suspek terbabas.

Suspek berusia lewat 30-an itu terkena tembakan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Hasil siasatan mendapati suspek memiliki 26 rekod jenayah termasuk 17 kes membabitkan pecah rumah dan pecah kedai serta 9 kesalahan berkait dadah.

Polis turut merampas tiga bilah parang, kapak, pemotong besi dan kuku kambing, yang disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah.

Setakat ini, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh.

Trainee