fb fb fb fb fb

RTM sentiasa tingkat kualiti kakitangan agar terus relevan

Datuk Suhaimi Sulaiman / Foto RTM

CYBERJAYA, 25 September- Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan sentiasa meningkatkan kualiti kakitangannya agar terus kekal relevan sesuai dengan perubahan semasa.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman, menekankan bahawa beliau akan memastikan kandungan RTM di semua platform dapat menghasilkan produk yang lebih baik, yang bukan sahaja diminati penonton di Malaysia, tetapi juga di luar negara.

"Kelebihan RTM adalah keupayaan berfikir yang baik. Kakitangan kita terlatih dan semua infrastruktur dalam keadaan baik..yang paling penting adalah kita perlu memahami apa yang dimahukan oleh dunia luar.

"Kita memerlukan banyak data untuk memahami pendengar yang menikmati hasil kerja kita..dengan data yang ada, kita akan mempunyai maklumat untuk menghasilkan kandungan yang memuaskan," katanya kepada pemberita selepas majlis pengkongsian 'Broadcast Talk' di sini.

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM