fb fb fb fb fb

SURI, ilmu tambahan kepada isi rumah hadapi kebakaran

(Foto hiasan)

LANGKAWI, 21 Oktober- Lebih 200 orang penduduk Taman Dahlia, Langkawi mengambil bahagian bagi mempersiapkan diri menghadapi kebakaran.

Selain ceramah Sedia Urus Risiko Isi Rumah (SURI) dan pameran, demontrasi kebombaan, tatacara penggunaan alat pemadam api mudah alih serta pertandingan memakai pakaian pelindung individu (PPE) terpantas turut diadakan.

Bagi penduduk, ia satu program yang baik dan memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Menurut Nurlida Abdul Ghani program itu, "menambah ilmu pengetahuan cara untuk memadamkan kebakaran dan mengawal keadaan supaya tidak cemas dan panik."

Ishak Saad juga berpendapat program itu, "sangatlah baik dan bagus untuk memberi sedikit pengetahuan kepada suri rumah supaya boleh mengambil tindakan awal apabila berlaku kebakaran." 

(Foto hiasan)

Sementara itu, Ketua Zon 4 Langkawi Jabatan Bomba dan PenyelamatMalaysia (JBPM) Negeri Kedah, Pegawai Bomba Mohd Fadzlullah Mohd Noor berkata "latih amal kepada isi rumah melalui ceramah Sedia Urus Risiko Isi Rumah (SURI) membolehkan tindak balas cepat sekiranya berlaku kebakaran."

Tambah beliau, "kempen ini memberi fokus kepada isi rumah kerana dapur berisiko menjadi punca kebakaran semasa memasak di samping penggunaan gas dan peralatan elektrik.

"Pendidikan tentnag bahayanya kebakaran dan tidak mengambil remeh kepada sumber kebakaran mampu mengawal rasa panik ketika terjadinya kebakaran."

Beliau ditemui pemberita pada program Kempen Keselamatan Kesedaran Kebakaran Sedia Urus Risiko Isirumah (SURI) peringkat Langkawi.

Media Baharu