fb fb fb fb fb

Zahid Hamidi tepis dakwaan tidak bertanding di Bagan Datuk

(Ismail Sabri pada  Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran di Jenagor)

HULU TERENGGANU, 21 Oktober- Dakwaan kononnya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk pada pilihanraya kali ini adalah tidak benar.

Perkara itu disifatkan spekulasi semata-mata.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berasa kesal dengan sebaran dakwaan tersebut.

Keutamaan parti adalah menampilkan calon muka baharu bagi mencapai kemenangan di semua kerusi Parlimen dan DUN yang dipertandingkan.

Ketika mengulas dakwaan itu, Ahmad Zahid berkata, "elok kita tanya kepada orang yang mendakwa perkara tersebut.

"Perkara utama yang perlu diberikan perhatian adalah fokus untuk kemenangan di Putrajaya."

(Ahmad Zahid ketika di temui pemberita di Hulu Terengganu)

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran serta Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Terengganu bagi PRU15 di Akademi Binaan Malaysia di Jenagor.

Meskipun BN Terengganu menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya empat kerusi parlimen, namun pimpinan di peringkat pusat mahu jumlah kemenangan lebih daripada itu.

Perkara itu tidak mustahil kerana BN sebelum ini pernah berjaya menakluk Terengganu dan seterusnya berjaya menjadi kerajaan negeri.

Media Baharu