fb fb fb fb fb

Elak perpecahan, kerja kuat jentera, jauhi amalan 'cah keting' -Ismail Sabri

(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kiri) dan Presiden UMNO
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kanan) bergambar bersama pekebun
Mat Tahir dan Malik Salleh pada program Himpunan Solidariti dan Kestabilan
di Akademi Binaan Malaysia, Jenagor/BERNAMA)


HULU TERENGGANU, 21 Oktober- Solidariti dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) bermula daripada akar umbi sehingga ke pucuk pimpinan, memastikan kestabilan politik dan mengelak perpecahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarat utama kekuatan sesebuah parti untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ialah mengelak perpecahan dan perlunya kerja kuat jentera.

Naib Presiden UMNO itu berkata, perpaduan dalam parti penting untuk kembali memenangi hati rakyat.

Katanya, sebelum ini banyak pihak dan persepsi orang luar yang boleh menjatuhkan BN itu jika tidak ditangani boleh menjatuhkan parti.

"Sekuat mana pun kerja kalau tidak ada perpaduan dalam parti saya yakin tidak mampu
untuk menang PRU15.

"Yang penting sesama kita, sesama ahli, kita jangan lupa orang luar mahu tengok
kita berpecah," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri turut meminta mereka yang tidak tersenarai ketika penamaan calon pada 5 November depan boleh menerima
keputusan parti.

"Mereka yang tidak tercalon, harus menerima keputusan parti dengan hati terbuka dan bukannya terlibat dengan amalan ‘cah keting’, kerana perbuatan itu boleh membuatkan BN kecundang walaupun di kubu sendiri.

“Yang kita bimbang ini ‘cah keting’, kita (BN) bukan tak kuat, tetapi adanya kes-kes cah keting kita kecuncang di tempat sendiri.

"Kalau selama ini boleh berucap berapi-api korban jiwa raga, buktikan 5 November nanti, kalau tak tercalon tetap sokong parti kita yang bertanding,” katanya ketika berucap pada program Himpunan Solidariti dan Kestabilan dan pelancaran Jentera PRU15 BN Terengganu, di sini.

(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
menolak kerusi roda warga emas ketika meninggalkan program Himpunan
Solidariti dan Kestabilan di Akademi Binaan Malaysia, Jenagor/BERNAMA)

Dalam pada itu, beliau juga berharap BN akan merampas semula kerusi Hulu Terengganu, kerana kerusi tersebut pada asalnya merupakan hak BN tetapi bertukar haluan apabila penyandang Parlimen tersebut melompat parti.

Kerusi Hulu Terengganu sebelum ini disandang oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid atas tiket UMNO, namun beliau meyertai Bersatu selepas PRU14.







Media Baharu