fb fb fb fb fb

Bekalan telur cukup, elak pembelian panik

(Foto hiasan)

BENTONG, 21 Oktober- Permintaan yang tinggi termasuk pembelian panik ditambah pula pada waktu pusingan pengeluaran yang rendah menyebabkan bekalan telur di Pahang mengalami kekurangan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Pahang, Datuk Mark Ujin berkata, "pihaknya memberi jaminan bekalan telur akan kembali pulih dan mencukupi termasuklah bagi menampung permintaan semasa musim perayaan Deepavali.

“Ppermintaan untuk bekalan telur semakin meningkat, namun pengeluaran telur ayam sedang mengalami masa pengurangan.

"Namun, ia memerlukan masa untuk kembali kepada tahap biasa," ujar Mark Ujin pada sidang akhbar sempena pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2022 di sebuah pasar raya di Bentong,Pahang.

Beliau berkata, orang ramai diminta tidak membuat pembelian panik dengan jumlah yang banyak dan tidak memilih gred tertentu kerana bekalan telur adalah mencukupi.

(Foto hiasan)

Pihak KPDNHEP akan terus melakukan pemantauan di seluruh negeri bagi memastikan bekalan telur dan barangan keperluan lain adalah mencukupi untuk kegunaan orang ramai.

Dalam pada itu beliau berkata, pelaksanaan SHMMP Deepavali 2022 akan berkuatkuasa bermula 20 Oktober hingga 26 Oktober melibatkan lapan jenis
barangan terkawal sempena perayaan berkenaan.

Antara barangan terkawal SHMMP Deepavali 2022 ialah daging kambing biri-biri import bertulang, tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil, bawang merah besar dan kacang dal.

Sepanjang 10 bulan tahun ini pihaknya telah menjalankan pemeriksaan ke atas 28,128 premis perniagaan yang terdiri daripada pemborong dan peruncit.

Sebanyak sembilan kes telah dibuka di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan
2011 yang melibatkan kompaun sebanyak RM2,300 sepanjang pelaksanaan SHMMP pelbagai perayaan tahun ini.

Media Baharu