fb fb fb fb fb

Naval Group komited memenuhi tarikh akhir projek LCS

(Mesyuarat di Perancis berkenaan rundingan dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB))

KUALA LUMPUR, 21 Oktober- Naval Group bersetuju meneruskan rundingan dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB), syarikat yang mereka bentuk Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berhubung harga kapal berkenaan.

Perkara itu dicapai hasil mesyuarat di Perancis melibatkan wakil kementerian berkenaan, Pengarah International Directorate (DGA) Perancis Gaël Diaz De Tuesta, Kementerian Pertahanan Perancis dan Naval Group dalam satu kenyataan Kementerian Pertahanan.

Syarikat dari Perancis itu, turut komited dalam usaha memastikan LCS siap sepenuhnya dalam masa ditetapkan kerajaan Malaysia, serta menyokong penuh usaha meneruskan projek tersebut.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada awal Oktober lalu, fasa mobilisasi projek LCS selama enam bulan bermula Jun, menunjukkan perkembangan positif dan berjalan lancar selari dengan syor oleh beberapa pihak berkepentingan

Hishammuddin turut menambah, hasil rundingan itu dibuat dengan 145 vendor tempatan dan 42 pengilang peralatan asli (OEM) luar negara, BNSSB selaku syarikat pembuatan kapal, telah menerima aku janji terutamanya melibatkan peralatan serta sistem untuk menyokong BNSSB meneruskan projek LCS.

(Tangkap layar siaran akhbar MINDEF berkenaan Projek LCS)

Media Baharu