fb fb fb fb fb

Malaysia dan Poland bincang perluas eksport minyak sawit

Perbincangan antara Malaysia dengan Poland / Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 10 Jun - Malaysia dan Poland mengadakan perbincangan menyeluruh bagi memperluaskan eksport minyak sawit dan produk perkayuan.

Kedua-dua negara turut membincangkan aspek perolehan pertahanan negara.

Ke arah itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Presiden Republik Poland, Andrzej Duda akan melakukan lawatan ke Port Dickson bersama wakil Kementerian Pertahanan.

"Kami telah berbincang mengenai pelan besar, termasuk perluasan eksport minyak sawit serta produk kayu dan balak, dan juga kerjasama dalam sektor elektrik dan elektronik, termasuk dalam bidang hidrogen hijau." katanya.

"Kami juga telah membincangkan kemungkinan perluasan hubungan jangka panjang dalam perolehan pertahanan,

"Saya gembira apabila mendapat tahu bahawa Tuan Presiden akan ke Port Dickson hari ini, terutamanya bersama Kementerian Pertahanan." kata Datuk Seri Anwar.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. 

SITI AISHA MELISA YUHANIZ