fb fb fb fb fb

Sumbangan telefon bimbit, bantu sukarelawan GSF urus hal peribadi

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi ketika menyambut kepulangan 23 sukarelawan negara ke misi GSF di KLIA semalam /Foto FAHMI FADZIL

SEPANG 8 Oktober- Kesemua sukarelawan misi Global Sumud Flotila (GSF) yang selamat tiba semalam menerima sumbangan telefon bimbit baharu bagi memudahkan mereka menguruskan komunikasi serta urusan peribadi masing-masing.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia sebagai penghargaan ke atas keberanian serta pengorbanan mereka dalam misi berkenaan.

Sumbangan itu sedikit sebanyak membantu sukarelawan berkenaan untuk terus berkongsi pengalaman dan maklumat misi melalui saluran komunikasi digital dengan lebih efisien.

“Kerajaan amat menghargai keberanian dan komitmen tinggi para sukarelawan misi GSF yang membawa suara rakyat Malaysia di pentas dunia,” katanya.

Ketibaan kumpulan sukarelawan itu turut disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, wakil pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta ahli keluarga masing-masing.

Penerbangan Emirates EK342 yang membawa kesemua 23 sukarelawan Malaysia termasuk empat individu daripada kapal pemerhati serta lima peguam tiba di tanah air pada pukul 10.07 malam, pada Selasa.

SITI NOORAIN ABDULLAH